Tiny Techies (Inovasi Robotik Siri 2)
17 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 16 Mei 2026, telah diadakan Kelas Tiny Techies Inovasi Robotik Siri 2 bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini melalui sistem NADI book secara atas talian.T
Topik kali ini memberi pendedahan lanjutan kepada peserta mengenai asas robotik, pemikiran logik dan penyelesaian masalah melalui aktiviti pembelajaran secara praktikal dan interaktif. Peserta akan mempelajari cara membina, mengawal dan mengatur pergerakan robot menggunakan konsep asas pengaturcaraan serta kreativiti dalam menghasilkan inovasi mudah. Modul ini membantu meningkatkan kemahiran STEM, kerjasama berkumpulan dan keyakinan diri dalam meneroka dunia teknologi dan robotik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: